First customer aku (customers sebenarnya) adalah sekumpulan lelaki. Disebabkan aku segan , yela dahla hari first kerja kan..so aku termiss dorg. huhuhu. Kak k pun datang , dia macam geram sikit la dengan aku sebab termiss customer dia kan haha. kak K ni dia permanent tau ( dia kira camni tau, permanent tu promoter yang berpengalaman dan dah kerja lama, part time pula biasanya nak kerja sebulan dua gitu je biasanya student yang cuti sem atau lepas Spm gitu) kenapa satu dipanggil permanent satu lagi dipanggil part time...kenapa tak panggil part timer, full timer ke permanent,temporary ke jangan tanya gue. gak tau. haha. Dia indian, dia nampak cam garang tau tapi sebenarnya dia baik dan penyabar bagi tunjuk ajar kat aku walau banyhakk kali aku buat silap yang samaðŸ˜. Kesilapan aku yang pertama iaitu aku bagi promotion untuk baju yg takde promotion.....baik sangat kan , dah shot. pastu kena bebel.
Masa aku masuk tu dorang tengah buat preparation untuk fair sebenarnya sempena Chinese New Year , so stok baju semua kami angkut bawa turun depan KFC kat bawah ( kena tukar price tag, lipat baju ikat masuk dalam kotak) suasana masa tu memang macam nak beraya je rasa cuma kat mall bukan rumah.Actually masa awal tu aku tak faham sangat nak buat apa masa fair sebab dia berbeza sikit dengan sale biasa (cara buka bil pun berbeza ).
So kat sini bermula aku jumpa partner aku kak Amirah Shuhada 💘 dia masatu 20, first jumpa dia muka dia semacam muka kakak sepupu aku haha. Tapi yang aku sangat pasti lepastu, mesti orang akan panggil kami kembar sebabnya gaya tudung kami , dengan speknya hampir serupaaaa( tapi dia lagi cantikla orangnya). Manager kami memang suka ajak dia borak hahaha dia pun layan je la. Disebabkan masa tu ada fair so, sorg jaga bawah sorg jaga atas jadi kami pun bergilir la . Hari cuti pun bergilir kami tiga orang dengan kak K. aku cuti isnin, dia selasa, kak K rabu. Sepanjang kami kerja bersama tu sempatla aku sambut bday dia sebab bulan 2 kan, so bagilah hadiah famous amous hehe.
Sepanjang tu juga aku kenal ramaiii orang mostly lagi tua dari aku, 20 lebih gitu .30 pun ada. Yang lawak baya mak aku pun aku panggil dia akak, pastu borak cam member...yela rakan sekerja kan. hahaha. Ada yang bagi aku nasihat, kongsi2 cerita. sumpah rindu saat itu huhuu. Dan pernah juga terjadi peperangan antara kami part timer ni dengan permanent. fuh dahsyat , kalau silap langkah boleh sampai cerita kat pihak atasan. tapi takdelah serius mana...lawak juga bila fikir. Ramai sebenarnya yang ingin dimention tapi nanti kang boleh buat novel terus.ngehh. Dan aina juga satu satunya rakan sebaya brand sebelah yang selalu keluar rehat dengan aku. ikut shift la.. ada rehat sekali je, ada rehat dua kali. pastu cerita pasal aku yang asyik lupa nak tulis punchcard ,ðŸ˜. terlalu banyak untuk dicerita.
Dan aku telahpun bergelar gadis parkson selama 2 bulan, 2 hari ngeh ngeh. Terima kasih untuk semua yang pernah banyak membantu dan banyak bersabar. Aku akan simpan kesemua memori ini, suka dan duka sebagai cerita hidup aku. Kat sini juga aku pernah tertanya adakah bila aku dah masuk Universiti nanti aku akan menjadi orang yang lebih baik? (p/s: disaat saya menulis ini, saya telahpun habis sem 1...dan tengah bercuti sem haha). Maaflah andai ada tersalah kata,terbuka aib atau tunggang terbalik ayatnya. Selamat malam dunia!!
secebis gambar dari kami ngeh ngeh..
No comments:
Post a Comment
Say Bismillah and Think before you Write