Wednesday, May 3, 2023

Sabar



Manusia baik menyakiti bukan kerana dia tak sayang,bukan kerana dia jahat. tapi dia tak mampu, dia terbatas. 




Soal menjaga hati sesama manusia, sebutkan je dekat mana persoalan tentang masalah sesama manusia tak disuarakan..di media sosial,dalam gosip harian,dalam luahan hati paling dalam, dalam doa di depan ilahi ,dalam buku diari sekali pun, persoalan hubungan antara manusia lah menjadi topik paling besar dibicarakan oleh manusia. Bermula dari soal cinta, kepercayaan, pengkhianatan, persahabatan. Semuanya berkisarkan manusia. 



Marilah sejenak kita renungi kehidupan kita. Letakkan diri kita pada dua tempat ini. Yang berharap pada manusia dan yang diharapkan oleh manusia. 

Kita ni sering sangat meletakkan harapan terlalu tinggi pada manusia. Bukan, bukan tak pernah kecewa..bukan tak pernah dikhianati. Entahlah mungkin saat harapan kita diletakkan pada seseorang dan mereka berjanji untuk menjaga harapan itu kemudian dia turut meletakkan harapan pada kita, mungkin saat saat itu terasa indah. Betul, pada dasarnya perhubungan mana yang tak indah..setiap hubungan cinta, kawan semua indah. Jika tanpa masalah.  Tapi, bila ada salah dan silap sikit kita mula merungut si dia tak memahami, si polan tak jaga hati kita, orang sekeliling kita tak suka kita, tak siapa pun yang dapat faham kita. Kita rasa sedih, kecewa lalu kita mengungkit kesemua kebaikan kita pada mereka " bukan dulu aku dah berusaha sampai macam ni, dia tetap tak nampak" , "siapa dulu yang sanggup buat macam ni bila dia susah" .  Kita mengungkit kawan kawan, sebab pedih rasanya semua baik kita seolah tak dihargai. Ada masanya kita tahu dia orang yang baik, kita kenal dia sangat tapi sanggup dia buat kita macam tu. Kita kecewa. 

Situasi yang kedua, bila kau diberitahu oleh dunia yang kau ni tak cukup baik. Kawan kawan kau merungut kau tak sentiasa ada untuk mereka bila mereka perlu, bila pasangan kau cakap kau seolah tak menyayangi mereka dan kau tak hargai mereka, bila sesetengah manusia mengadu bahawa kau tak cukup memahami. 


Mengikut lumrah syarat hidup bermasyarakat, kau perlu ada 'common sense' yang tinggi untuk tak menyakiti orang lain, kau perlu jadi pendengar yang baik untuk lebih memahami orang yang kau sayang, kau kena letakkan sepenuh kepercayaan supaya hubungan tu menjadi dan kadang untuk memenuhi semua tuntutan mereka mereka yang kau sayang ni,kau kepenatan..kau kurang waktu untuk diri sendiri. Inilah yang kita semua rungutkan "Penat jaga hati orang lain, lebih baik jaga hati sendiri" . Lumrah juga, bila kau berharap pada orang orang yang kau sayang. Kau berkorban masa untuk dia, kau berhabis duit, dan macam macam lagi, kemudian kau berharap dia bagi kau nilai yang sama. Nilai pengorbanan,nilai usaha,nilai perasaan yang sama macam mana yang kau bagi pada dia. Kau kecewa, lepastu kau rungutkan pula "Penat berharap pada manusia, yang akhirnya tak menghargai kita"  


Mana kau tahu yang orang tu tak berusaha jaga hati kau? kita semua cuma mampu menilai apa yang kita nampak. Mana kau yakin yang usaha kau untuk jaga hati orang tu belum cukup, kau pun tak pasti kalau harapan orang tu pada kau mungkin terlalu tinggi daripada apa yang kau mampu buat untuk dia. Boleh untuk kau berharap pada orang yang kau sayang, itu tanda cinta. Boleh untuk kau usaha sehabis mungkin untuk bahagiakan orang kau sayang, itupun tanda cinta. Tapi pengharapan kita pada manusia tak boleh berlebihan 

 Saidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata  "Aku  sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup, dan yang paling pahit ialah berharap pada manusia"

 dan usaha kita sebagai manusia tak dapat melawan takdir Allah. Kita manusia, kita terbatas walau macam mana sekali pun kita sayang ,kita nak merasa kasih sayang tu dan kita ingin tunjuk rasa sayang tu. Aku percaya, daripada kata kata saidina Ali tu menunjukkan pahitnya berharap pada manusia bukan sebab ramai manusia tu jahat, tapi pahitnya berharap pada manusia yang terbatas sifatnya, yang tak mampu. Walau pun kita sayang manusia dan kita ingin disayangi manusia kita masih hamba Allah S.W.T yang sentiasa memerlukanNYA dalam hidup kita. Jadi kalau nak bahagia banyak libatkan Allah dalam hidup kita, banyak berharap pada Allah agar dapat lembutkan hati orang kita sayang dan banyak usaha,doa dan paling penting tawakal agar rasa sayang kita dapat dirasai oleh mereka. 
                                                                                                                                                                             Assalammualaikum. 


SELF LOVE

           " The most beautiful thing you can wear is confidence "